Search This Blog

Tuesday, September 30, 2014

Buang mayat anak dalam semak



POLIS membawa seorang suspek ke kawasan semak berhampiran ladang kelapa sawit dekat Kampung Tongkang, Permatang Tinggi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk mencari mayat kanak-kanak lelaki yang dipercayai dibuang di situ.


SEBERANG PERAI - Tanda tanya kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun sejak 10 hari lalu akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemui dibuang di kawasan semak di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tongkang, Permatang Tinggi, Bukit Mertajam di sini semalam.
Mayat kanak-kanak itu ditemui pukul 12 tengah hari selepas polis menahan seorang ibu mangsa yang berusia 30 tahun dan teman lelakinya yang berusia 24 tahun.
Mangsa dipercayai mati akibat didera dan kedua-dua suspek bertindak membuang mayat kanak-kanak tersebut akibat ketakutan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, ibu mangsa membuat laporan mengenai kehilangan mangsa pada 23 September lalu di Balai Polis Kulim, Kedah mendakwa, anaknya itu hilang ketika mereka bersiar-siar di Padang Kota, George Town tiga hari sebelum itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0930&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3EkDbXvEb 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment