Search This Blog

Thursday, September 11, 2014

Bergaduh: Aktivis sosial, anggota PPS mengaku tidak bersalah


PULAU PINANG 10 Sept. - Seorang aktivis sosial dan dua anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan terbabit dalam pergaduhan dan menimbulkan kegemparan di tempat awam pada 17 Ogos lalu.
Pengakuan itu dibuat Ong Eu Soon, 51, bersama dua anggota PPS iaitu Lee Chan Kwong, 36, dan Lee Yew Kuen, 66, di hadapan Majistret L. Umma Devi yang kemudiannya menetapkan 31 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.
Mengikut kertas pertuduhan ketiga-tiga tertuduh didakwa bergaduh dengan cara bertumbuk antara satu sama lain di depan Pasar Farlim Bandar Baru Ayer Itam di sini, pukul 10.45 pagi 17 Ogos lalu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140910/lu_11/Bergaduh-Aktivis-sosial-anggota-PPS-mengaku-tidak-bersalah#ixzz3CxJQPlSD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment