Search This Blog

Tuesday, September 30, 2014

Bedil pipi pengurus


Oleh Asmah Rusman
Kuala Lumpur: Hanya dua minit diambil sekumpulan penjenayah bertopeng yang bersenjatakan dua pucuk pistol untuk melarikan satu fail disyaki mengandungi dokumen penting sebuah syarikat menjual kereta terpakai di Jalan Cheras berhampiran Taman Midah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.42 petang itu, pengurus syarikat berkenaan yang berusia 34 tahun mengalami kecederaan di pipi kiri akibat terkena satu daripada dua das tembakan yang dilepaskan kumpulan berkenaan.


Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Abd Rahim Hamzah berkata, empat suspek bertopeng berkenaan datang ke premis itu dengan menaiki sebuah kereta Nissan Shlphy sebelum tiga daripadanya naik ke tingkat satu premis itu dan cuba memecahkan pintu pejabat.

“Ketika suspek sedang memecahkan pintu pejabat itu, mangsa cuba menghalang dengan menolak pintu itu menggunakan tangannya, bagaimanapun tindakan mangsa itu makan diri apabila dia terkena tembakan yang dilepaskan seorang suspek.

Foto
LOKASI mangsa ditembak dalam kes samun dokumen.


“Suspek menyerbu masuk ke dalam pejabat dan mengambil satu fail disyaki mengandungi dokumen penting syarikat. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis itu, suspek mengambil masa dua minit sebelum melarikan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/30

No comments:

Post a Comment