Search This Blog

Thursday, September 11, 2014

Banjir paling buruk di India, Pakistan meragut 457 nyawa


 
JHANG, Pakistan: Beratus ribu orang meninggalkan kampung halaman berikutan amaran pihak berkuasa mengenai bencana banjir yang melanda, yang kini mengakibatkan kematian 457 orang di Pakistan dan India.

Jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Nasional Ahmad Kamal, berkata Sungai Chenab melimpahi tebingnya awal hari ini berikutan amaran sehari sebelumnya.

Banjir itu, yang bermula di kawasan Himalaya antara kedua-dua negara pada 3 September lalu kini melimpah ke bawah dan menjejaskan lebih 1.5 juta orang di Pakistan.

Kejadian ini adalah yang terburuk sejak 2010, di mana kira-kira 1,700 orang maut dalam banjir di Pakistan. - AP



Mangsa banjir di Kashmir yang menaiki sebuah traktor beramai-ramai, menarik seorang lelaki yang terjatuh ketika mereka sedang dalam perjalanan ke tempat lebih selamat di Srinagar semalam. - Foto REUTERS

Pemandangan sebahagian daripada bandar Srinagar di India yang ditenggelami banjir semalam. - Foto AP


No comments:

Post a Comment