Search This Blog

Sunday, September 14, 2014

AS gantung usaha mencari juruterbang Hornet



TENTERA Laut Amerika Syarikat menggantung usaha mencari juruterbang yang hilang selepas pesawat pejuang beliau berlanggar dengan pesawat lain di barat Lautan Pasifik. - Foto AP
WASHINGTON: Tentera Laut Amerika Syarikat menggantung usaha mencari juruterbang yang hilang selepas pesawat pejuang beliau berlanggar dengan pesawat lain di barat Lautan Pasifik.
Menurut kenyataan Armada Ketujuh AS, juruterbang berkenaan dianggap sudah terkorban.
Nahas itu membabitkan dua pesawat F/A-18 Hornet yang berlanggar pada 5.40 petang waktu tempatan semalam di barat Lautan Pasifik, kira-kira 463 kilometer ke barat Wake Island.
Kedua-dua pesawat Hornet yang masih tidak ditemui itu adalah daripada Carrier Air Wing 17 dan berlepas dari kapal induk USS Carl Vinson.
Seorang lagi juruterbang terbabit diselamatkan serta merta dan diberi rawatan perubatan.
Penyiasat masih cuba mengenal pasti punca nahas itu. - AFP

No comments:

Post a Comment