Search This Blog

Tuesday, September 30, 2014

Alahai lembu RM1 juta


Padang Besar: Lebih 200 ekor lembu bernilai hampir RM1 juta bagi tujuan ibadah korban yang dibawa dari Thailand tersadai di Kompleks Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Padang Besar, di sini, sejak dua hari lalu akibat salah faham.
Semua lembu itu ditahan selepas didakwa gagal menetapi syarat Malaysia. 
Difahamkan, daripada jumlah berkenaan, dua didapati dijangkiti penyakit menyebabkan semua lembu itu perlu dihantar pulang ke Thailand. 

Jurucakap syarikat pembekal dan pengimport lembu berkenaan, Ahmad Shamsuri Ahmad Sohimin berkata, semua lembu berkenaan sudah melalui beberapa proses kuarantin di Thailand dan disahkan tiada penyakit.
Foto
SEBAHAGIAN daripada 200 ekor lembu yang tersadai di Kompleks MAQIS.

Katanya, semua lembu itu dibawa dari Prachuap Khiri Khan yang terletak lebih 700 kilometer dari sini dan diperoleh daripada ejen yang disahkan kerajaan Malaysia.

Beliau berkata, dia serta beberapa rakannya tiba di MAQIS Padang Besar pagi kelmarin bagi tujuan pemeriksaan sebelum semua lembu berkenaan tersadai lebih seharian di atas lori. 

“Namun, sebaik masuk di pintu masuk Padang Besar di sini, semua lembu berkenaan tidak dapat dibawa masuk dengan alasan sudah melebihi kuota perayaan Aidiladha. 

“Pihak kami tidak melihat ia sebagai satu masalah kerana lembu ini boleh digunakan selepas Aidiladha,” katanya ketika ditemui di sini, semalam 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/30

No comments:

Post a Comment