Search This Blog

Tuesday, September 30, 2014

Ajal di bumbung


Jitra: Tindakan seorang warga emas yang memanjat bumbung rumahnya untuk memeriksa kebocoran mengundang padah apabila mangsa ditemui meninggal dunia di bumbung premis itu dipercayai akibat serangan jantung dalam kejadian di Kampung Paya Bukit Hantu, Kodiang, di sini, semalam.
Mangsa, Safar Mohd Nor, 79, disedari meninggal dunia pada jam 2 petang oleh ahli keluarga yang meminta bantuan anggota Balai Balai dan Penyelamat (BBP) Jitra, mengambil mayatnya di atas bumbung setinggi enam meter untuk dihantar ke Hospital Jitra. 
Difahamkan, mangsa yang sudah uzur dikatakan mahu memeriksa keadaan bumbung rumahnya itu kerana bimbang dimasuki air hujan disebabkan bocor sejak beberapa hari lalu. 

Ketua BBP Jitra Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Suffian Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 2.33 petang sebelum enam anggota bersama sebuah jentera dihantar ke tempat kejadian untuk bantuan.
Foto
MAYAT Safar yang meninggal dunia di atas bumbung.

Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian, pihaknya mendapati mayat mangsa berada pada ketinggian enam meter di bumbung rumah itu.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/30

No comments:

Post a Comment