Search This Blog

Tuesday, September 30, 2014

8,000 ahli kongsi gelap dipantau


PULAU PINANG 29 Sept. - Polis sedang memantau kira-kira 8,000 individu yang dipercayai terlibat aktif dengan kegiatan kongsi gelap di negeri ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, tahun lalu, seramai 52 individu dipercayai ahli kongsi gelap telah ditahan kerana terlibat dengan kegiatan jenayah termasuk dadah dan peras ugut.
Menurutnya, polis negeri kini telah mengenal pasti beberapa kumpulan haram yang aktif menjalankan kegiatan mereka iaitu kumpulan 04, Sio Sam Ong, 24, Pneh, Ang Kim Leng, 04 India, 08 India dan 77.
"Kita akan terus memantau ke giatan semua kumpulan kongsi gelap ini dalam memastikan Pulau Pinang sentiasa berada dalam kea daan selamat dan aman," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang pengawal kesela matan atas kejayaannya menembak mati seorang penjenayah yang cuba merompak bank tempat dia bekerja, bulan lalu.
Tambah Abdul Rahim, setakat ini pihaknya juga mengesan terdapat tiga kumpulan kongsi gelap di negeri ini yang terlibat dengan pergaduhan sesama sendiri.
Sementara itu dalam perkembang an lain, beliau menegaskan, pihak nya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk pegawai polis sendiri sekiranya wujud unsur kecuaian dalam kematian seorang tahanan yang jatuh dari bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara semalam.
"Kita telah membuka kertas siasatan walaupun siasatan awal me nunjukkan pegawai yang menyoal siasat mangsa mengikut prosedur ditetapkan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140930/je_05/8000-ahli-kongsi-gelap-dipantau#ixzz3Ek5g8w81
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment