Search This Blog

Saturday, September 6, 2014

29 pelombong terperangkap selamat


Zenica, Bosnia: Pasukan penyelamat berjaya menarik keluar kira-kira 30 pekerja lombong arang batu manakala sekurang-kurangnya lima dikhuatiri maut semalam selepas terperangkap akibat kejadian ledakan batu.

Mereka yang terselamat berjaya dikeluarkan selepas hampir 18 jam terperangkap di bawah tanah.

Pengurus lombong Raspotocje, Esad Civic berkata, 29 daripada 34 pekerja yang terperangkap diselamatkan selepas berada setengah kilometer di bawah tanah.

Kejadian berpunca daripada gempa bumi dengan magnitud 3.5 yang melanda kawsan itu petang kelmarin.



Ketua kesatuan pekerja lombong Sinan Husic berkata, lima orang mungkin terbunuh dalam kejadian itu.

Ledakan batu itu kejadian ketiga tahun ini di lombong arang batu terbabit.

Kejadian terdahulu mengakibatkan 16 pekerja cedera.

Lombong di Raspotocje itu menghasilkan arang batu untuk syarikat utiliti terbesar Bosnia, EPBiH.


- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/06

No comments:

Post a Comment