Search This Blog

Thursday, September 11, 2014

24 maut bumbung masjid runtuh di Lahore



ANGGOTA bomba dibantu orang ramai ketika menjalankan operasi mengesan mangsa runtuhan selepas bumbung sebuah masjid di Daroghawala, Lahore runtuh ketika lebih 30 orang sedang berkumpul untuk menunaikan solat Zohor. - Foto AFP
LAHORE: Jumlah kematian dalam kejadian bumbung sebuah masjid runtuh semalam kini meningkat kepada 24 orang.
Jemaah terbabit terbunuh apabila bumbung masjid di Lahore runtuh ketika lebih 30 orang sedang berkumpul untuk menunaikan fardu Zohor.
Kejadian berlaku di Daroghawala, kawasan perumahan kos rendah yang mempunyai jalan kecil dan sempit.
"Jumlah kematian kini 24 orang. Umur mangsa adalah antara 15 hingga 35 tahun.
"Kami juga sudah mengeluarkan tujuh mangsa yang cedera parah daripada kesan runtuhan," kata pegawai bilik kawalan penyelamat, Mohammed Rashid.
Ketua Pentadbir Daerah Mohammed Usman berkata mereka yang terkorban dan cedera dijumpai selepas dilancarkan gerakan menyelamat selama 13 jam.
Katanya, operasi menyelamat itu akan diteruskan sehingga semua kesan runtuhan dialihkan. - AFP

No comments:

Post a Comment