SRINAGAR - INDIA. Lebih 200,000 orang masih terkandas di Kashmir, India walaupun banjir mulai surut, semalam.

Pesuruhjaya bahagian wilayah Jammu Shantmanu berkata, penduduk dan pasukan penyelamat kini giat membersihkan sisa banjir dan mengenal pasti beberapa mayat yang baru ditemui selepas banjir surut.

“Kini kebimbangan kami adalah penularan wabak penyakit bawaan air dan bangkai haiwan. Kami juga menghadapi masalah bekalan air bersih dan kini sedang meminta pihak berkuasa untuk menggunakan kaedah secara liberal untuk mengurangkan risiko penyakit,“ katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Negeri, Omar Abdullah melahirkan kekesalan terhadap tindak balas kerajaan yang gagal menyiapkan kem perlindungan untuk mangsa banjir.

"Hanya 137 khemah sementara di bina manakala lebih daripada 5,000 orang masih tiada tempat perlindungan," katanya.

Banjir yang melanda di wilayah Himalayan ini adalah paling terburuk sejak satu dekat lalu di mana lebih 450 nyawa melayang termasuk di Pakistan, laporan dipetik dari AFP.