Search This Blog

Monday, September 8, 2014

2,000 pil kuda dirampas


Mit Emong menunjukkan sebahagian daripada 2,000 bijil pil kuda yang dirampas selepas menahan dua pemuda di IPK Kelantan di Kota Bharu, Kelantan, semalam.
KOTA BHARU 7 Sept. - Polis merampas 2,000 biji pil kuda bernilai RM50,000 selepas menahan dua pemuda di tepi Jalan Panji-Pengkalan Chepa, dekat sini Khamis lalu.
Kedua-dua suspek ditahan oleh anggota Pasukan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada pukul 12.50 tengah hari ketika mereka sedang menunggu seseorang di tempat kejadian.
Ketua JSJN negeri, Supritendan Mit Emong berkata, kejayaaan ini adalah hasil intipan selama sebulan yang dijalankan oleh pasukan berkenaan ke atas kedua-dua suspek tersebut yang berusia 23 tahun.
Beliau berkata, hasil ujian air kencing mendapati mereka negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
"Semasa ditahan kedua-dua suspek cuba melarikan diri dan bergelut dengan pihak polis.
"Ketika pergelutan berlaku, salah seorang daripada mereka telah mencampakkan satu bungkusan ke atas tanah yang mengandungi sepuluh paket plastik biru berisi 2,000 biji pil yang disyaki pil kuda.
"Daripada jumlah tersebut 1,980 biji pil berwarna merah dan selebihnya warna hijau," katanya.," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di IPK Kelantan di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140908/je_03/2000-pil-kuda-dirampas#ixzz3CfTXDtBk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment