Search This Blog

Sunday, September 7, 2014

2,000 dipindahkan Taufan Norbert badai pantai Mexico

Ahad, 7 SEPTEMBER 2014 @ 09:32

 
MEXICO CITY: Lebih 2,000 penduduk dipindahkan dengan sebuah perkampungan nelayan tenggelam akibat banjir apabila Taufan Norbert membadai pantai Mexico Pacific, semalam.

Ribut petir ketegori tiga mengikut skala Saffir-Simpson yang dikeluarkan Perkhidmatan Kajicuaca Kebangsaan Amerika itu membawa angin selaju 185 kilometer sejam.

Taufan berkenaan bergerak dari perairan barat di Baja, Semenanjung California dan dijangka lemah dalam tempoh 48 jam.

Salah satu kawasan yang teruk dilanda taufan dan banjir kilat ialah San Carlos, sebuah perkampungan nelayan yang menempatkan 7,000 penduduk.



"Di beberapa kawasan di San Carlos, banjir meningkat sehingga paras lebih satu meter," kata Unite Perlindungan Awam Berbandaran, Pedro Garza.

Hampir 500 rumah rosak dibawa arus deras dengan sesetengah keluarga enggan berpindah walaupun arahan dikeluarkan. - AFP

No comments:

Post a Comment