Search This Blog

Friday, August 15, 2014

Yakin dapat tahan 15 peserta sukan bogel


2014/08/14 - 04:13:49

Georgetown: Polis yakin dapat menahan 15 peserta pesta sukan bogel di Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang di sini, dalam tempoh terdekat.

Sumber berkata, setakat ini, identiti semua peserta sudah dikenal pasti hasil maklumat dan risikan yang dijalankan.


“Hasil maklumat dan juga keterangan daripada beberapa peserta yang ditahan sebelum ini ternyata menunjukkan tanda positif dan kita percaya mereka dapat ditahan dalam tempoh terdekat.

“Mereka tidak perlu lagi bersembunyi kerana kita sudah memperoleh semua maklumat dan identiti sebenar peserta terbabit,” katanya.

Siasatan awal tak tepat

Sumber itu berkata, sebelum ini, identiti serta nama yang diperoleh ketika siasatan awal didapati tidak tepat, malah ada antara individu dalam senarai nama terbabit sebenarnya langsung tidak wujud.

“Beri kami sedikit masa bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini dan kita yakin ada antara peserta itu sendiri akan tampil ke balai polis untuk memberi keterangan.
“Siasatan mendapati ada peserta yang sebelum ini dikatakan berasal dari negara jiran sebenarnya adalah rakyat negara ini,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan juga mendapati individu yang menyertai pesta itu sebenarnya adalah 15 orang dan bukannya 18 orang seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Semua 15 orang itu adalah peserta sukan berkenaan tetapi hanya 13 didapati berbogel, manakala dua lagi bertindak sebagai pemerhati.

“Sebelas daripada individu itu adalah lelaki, manakala empat lagi wanita,” katanya.

No comments:

Post a Comment