Search This Blog

Friday, August 22, 2014

Warga emas maut pacuan empat roda terjunam dalam gaung di Kemaman

KHAMIS, 21 OGOS 2014 @ 7:59 PM

 
KEMAMAN: Seorang wanita warga emas maut selepas pacuan empat roda yang dinaiki hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung di Kilometer 117.4 Jalan Jerangau Jabor berhampiran Kampung Padang Kubu di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira 10.30 pagi itu, mangsa Ngah Ismail, 73, dan suaminya, Rani Mohamad, 78, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Bandar Cheneh Baru dari rumah anak mereka di Pekan Paka, Dungun.

Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, Toyota Hilux yang dinaiki pasangan itu dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira lima meter.

Akibat kemalangan itu, mangsa yang duduk di sebelah pemandu, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan dalaman manakala suaminya, meskipun tidak mengalami sebarang kecederaan serius, masih trauma.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Beliau berkata jenazah mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment