Search This Blog

Friday, August 15, 2014

Wang mangsa MH370 hilang, kerani bank ditahan




KUALA LUMPUR - Seorang kerani sebuah bank diberkas polis semalam selepas dipercayai melesapkan wang daripada akaun empat penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad (gambar) berkata, wanita berusia 33 tahun itu ditahan di satu lokasi dekat Ampang pada pukul 4 petang.
"Kerani bank ini ditahan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.
Kosmo! semalam melaporkan akaun bank empat orang penumpang pesawat MH370 didapati telah digodam melibatkan pemindahan wang berjumlah lebih RM100,000.
Kejadian tersebut disedari Pengurus Ibu Pejabat Bank HSBC di Leboh Ampang di sini pada 18 Julai lalu apabila mendapati wang daripada akaun empat penumpang MH370 iaitu Tan Size Hiang, 46, Ju Kun, 32, Hue Pui Heng, 66, dan Tian Jun Wei, 29, hilang daripada akaun masing-masing.
Empat pemegang akaun itu merupakan antara 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang hilang daripada imbasan radar ketika pesawat itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac lalu


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3APXjDExy 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment