Search This Blog

Friday, August 15, 2014

Twitter PM Rusia digodam


MOSCOW 14 Ogos - Penggodam memecah masuk ke akaun laman web sosial Twitter milik Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev, hari ini dan menulis mesej twit tentang peletakan jawatan serta kritikan terhadap Presiden, Vladimir Putin.
"Saya ingin meletak jawatan. Saya berasa malu dengan tindakan kerajaan. Maafkan saya.
"Saya sudah lama ingin menyatakan tentang perkara ini; Vova, anda salah!" menurut mesej twit berbahasa Rusia itu yang menyebut nama samaran Putin.
Bagaimanpun, menurut jurucakap kerajaan yang dipetik agensi berita, RIA Novosti, pihaknya sedang membaik pulih masalah tersebut selepas Twitter Medvedev telah diceroboh dan mengesahkan, mesej twitnya itu adalah palsu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140815/lu_11/Twitter-PM-Rusia-digodam#ixzz3APSTlN5T
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment