Search This Blog

Friday, August 15, 2014

Tunjuk perasaan di AS berlarutan



Reuters
ANGGOTA polis menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan yang berkumpul di sebatang jalan di Ferguson, Missouri kelmarin.


FERGUSON, Missouri - Pihak polis di bandar ini, Amerika Syarikat (AS) semalam menembak gas pemedih mata, bom pegun dan bom asap bagi menyuraikan kira-kira 350 penunjuk perasaan yang membantah tindakan pihak berkuasa menembak mati seorang remaja kulit hitam pada Sabtu lalu.
Dalam tunjuk perasaan yang masuk hari keempat tersebut, kumpulan berkenaan membaling batu ke arah polis sebelum sebilangan daripada mereka melarikan diri selepas pihak berkuasa menembak gas pemedih mata.
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di bandar ini hampir setiap malam sejak seorang remaja berusia 18 tahun, Michael Brown ditembak mati oleh polis di kawasan kejiranan St. Louis yang majoriti penduduknya berkulit hitam.
Pihak polis sebelum ini mendakwa mangsa ditembak ketika cuba merampas sepucuk pistol milik seorang anggota polis ketika berada di dalam sebuah kereta peronda.
Bagaimanapun, beberapa saksi memberitahu remaja itu ditembak ketika berada di luar kereta peronda dan sedang mengangkat tangan.
"Saya sudah tidak dapat menahan sabar menjadi mangsa buli kerana warna kulit saya.
"Saya akan kembali ke sini pada setiap malam sehingga keadilan ditegakkan," kata seorang penunjuk perasaan yang mahu dikenali sebagai Terrell, 18.
Sementara itu, pihak polis berkata, seramai 40 penunjuk perasaan telah ditahan sejak kekecohan tercetus pada Sabtu lalu. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3APWcjGre 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment