Search This Blog

Friday, August 15, 2014

Tujuh pejuang maut, pangkalan tentera Pakistan diserang


QUETTA: Polis bertempur dengan kumpulan bersenjatakan senapang automatik dan bom di barat daya Pakistan awal pagi ini selepas menyekat dua serangan berasingan ke atas pangkalan tentera udara menyebabkan tujuh pejuang maut.
Pegawai berkata, Pangkalan Udara Samungli yang digunakan Tentera Udara Pakistan dan pangkalan udara Khalid menjadi sasaran pejuang dan pertempuran tercetus di situ.
Pangkalan udara tentera terletak kira-kira 12 kilometer dari Quetta, ibu negeri wilayah Baluchistan.
"Polis dan pejuang saling berbalas tembakan di kedua-dua pangkalan udara berkenaan yang menyebabkan tujuh pejuang terbunuh," kata Menteri Dalam Negeri, Sarfaraz Bugti.
Katanya, sasaran serangan terbabit ialah kedua-dua pangkalan udara itu tetapi polis dan pasukan keselamatan berjaya menyekatnya. - AFP

No comments:

Post a Comment