Search This Blog

Tuesday, August 5, 2014

Tragedi ke kelas mengaji


Pasir Mas: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut dan abangnya berusia lapan tahun parah dalam kejadian kemalangan di Kampung Repek, dekat sini, petang ini.
Kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu ketika kedua-dua mereka sedang berpimpin tangan dalam perjalanan mengaji Al-Quran sebelum dirempuh sebuah lori muatan empat tan. 
Mangsa, Mohd Arif Zafran Mohd Zaki, 6, maut di tempat kejadian selepas tercampak kira-kira 10 meter. 

Manakala, abangnya, Mohd Amir Zakuan, 8, parah di kepala dan badan sedang dirawat di Hospital Pasir Mas.
Foto
MOHD Arif Zafran Mohd Zaki (kanan) maut dan Mohd Amir Zakuan, 8, parah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, mangsa dirempuh sebuah lori muatan empat tan.

"Mangsa berusia enam tahun maut dilokasi kejadian manakala abangnya kritikal. Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/04

No comments:

Post a Comment