Search This Blog

Tuesday, August 5, 2014

Tiga warga Somalia disyaki ahli kumpulan Al-Shabaab dikenal pasti



KUALA LUMPUR 4 Ogos - Kementerian Dalam Negeri mengenal pasti tiga lagi warga Somalia yang disyaki terbabit dalam kegiatan kumpulan pengganas Al-Shabaab.
Timbalan Menterinya, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tiga lelaki tersebut dipercayai masuk ke negara ini menggunakan visa pelajar.
"Kita sedang pantau mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau juga berkata pihak berkuasa akan melakukan tangkapan sebaik mempunyai bukti kukuh yang secukupnya.
Pada awal Mei lalu polis menahan seorang lelaki Somalia berusia 34 tahun yang dikehendaki polis antarabangsa (Interpol) kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas itu. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140804/je_14/Tiga-warga-Somalia-disyaki-ahli-kumpulan-Al-Shabaab-dikenal-pasti#ixzz39SoPXRwH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment