Zahara bersama suami dan cucunya mencari barang yang terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan kediamannya.
Zaharah Awang, 66, berkata, mereka menumpang tinggal di rumah kosong itu sejak Aidilfitri lalu.
Menurutnya, berkemungkinan dia sekeluarga akan tinggal di rumah jirannya untuk tempoh lama kerana masih buntu untuk membina semula rumah yang musnah.
“Saya akan bincang mengenai sewa dengan jiran nanti. Mungkin saya akan tinggal lama di rumah ini.
“Lagipun saya masih belum ada kewangan untuk bina rumah baharu,” katanya.
Zaharah berkata, walaupun ada pihak menghulurkan derma, tetapi wang yang ada belum mencukupi untuk menampung kos pembinaan rumah.
Sebelum ini, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menghulurkan sumbangan pendahuluan Tabung Serambi Makkah RM1,000 kepada Zaharah.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan pasangan warga emas bersama tiga cucu terpaksa menyambut Aidilfitri dalam kesedihan apabila persiapan raya mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Belukar Berangan pada 24 Julai lalu.
Kejadian kira-kira jam 3.10 petang turut mengakibatkan pemilik rumah, yang juga suami Zaharah, Wan Mohd Nawi Abdullah, 74, melecur di kepala.
Ketika kejadian, Zaharah sedang berehat di serambi belakang rumah manakala suaminya berada di dapur.
Tiga cucunya, Mohd Alif Hilmi Anuar, 13; Mohd Syamsul Firdaus Saiful Bahri, 13 dan Mohd Syakir Adam Saiful Bahri, 10, keluar bermain.
No comments:
Post a Comment