Search This Blog

Tuesday, August 5, 2014

Teguran maut bapa saudara


Padawan: Seorang pemandu lori maut dipercayai dipukul menggunakan besi oleh anak saudaranya selepas berlaku pertengkaran dalam kejadian di Kampung Subang Tiang Bekap, Jalan Kuching-Serian, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa David Taip, 42, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Pauzi Bujang berkata, difahamkan sebelum kejadian mangsa bersama anak saudara lelakinya berusia 24 tahun dan dua lagi rakan sekampung melepak di sebuah rumah rakan sambil minum minuman keras.

Katanya, mangsa kemudian menegur mangsa supaya berubah dan tidak lagi membuat bising.
Foto
POLIS memeriksa mayat mangsa.

Bagaimanapun, teguran itu menimbulkan rasa tidak puas hati suspek dan dia terus mengambil besi dan memukul kepala mangsa.

"Sebaik mendapati mangsa jatuh dan tidak sedarkan diri, suspek terus melarikan diri dengan menunggang motosikal.

"Polis sudah melancarkan gerakan memburu suspek, namun dia menyerah diri di Balai Polis Tapah kira-kira jam 4.45 pagi tadi," katanya.

Mayat dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat, manakala suspek direman selama tujuh hari bermula esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/04

No comments:

Post a Comment