Search This Blog

Friday, August 15, 2014

Tak sempat jumpa bapa


Miri: “Saya terkilan kerana tidak dapat memenuhi permintaan bapa untuk berjumpa dengannya pagi tadi (semalam),” kata Helen Mona, 28, anak kepada Sibat Jinggat, 66, pemandu Proton Iswara yang maut dalam kemalangan selepas bertembung dengan sebuah lori berhampiran persimpangan ke Marudi, Jalan Miri-Bintulu, di sini, semalam.
Kemalangan jam 11 pagi itu turut menyebabkan penumpang hadapan, Richmond Passera, 19, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala tiga penumpang belakang iaitu ibu Richmond, Senik Chambai, 50-an, patah kaki kanan dan dua lagi penumpang cedera ringan.

Menurut Helen, sebelum kejadian, bapanya membantu membawa penduduk kampung ke bandar Miri untuk membeli barang keperluan selain menghantar seorang penumpang wanita untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik akibat demam panas.
“Semua penumpang terbabit adalah penduduk kampung kami di Rumah Panjang Baie, Bakong dan sudah menjadi kebiasaan bapa untuk membantu sekiranya khidmatnya diperlukan.

“Dia ada menghubungi saya untuk berjumpa, peliknya dia bercakap dalam keadaan tergesa-gesa dan ketika itu saya baru bangun tidur menyebabkan dia membatalkan hasratnya dan akan datang menemui saya pada Sabtu ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Foto
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

No comments:

Post a Comment