Search This Blog

Thursday, August 7, 2014

Suspek guna golok tetak mangsa



PEMILIK kedai kopi di Kampung Lembaga, Gua Musang, Kelantan menunjukkan lokasi mangsa ditetak oleh suspek semalam.


GUA MUSANG - Seorang kakitangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang sedang menikmati minum pagi di sebuah kedai kopi di Kampung Lembaga bernasib malang apabila dia cedera selepas ditetak dengan sebilah golok pada kepalanya kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu, mangsa, Fakhruzi Ibrahim, 30-an difahamkan telah diserang terlebih dulu dengan sebatang kayu.
Menurut Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah, suspek yang dikenali sebagai 'Mat Ajat' berusia 27 tahun pergi ke kedai kopi tersebut dan terus meluru ke arah Fakhruzi untuk memukulnya.
"Mangsa sempat mengelak pukulan tersebut dan orang kampung yang kebetulan berada di kedai itu sempat meredakan keadaan dengan merampas kayu itu daripada suspek.
"Bagaimanapun, suspek yang masih bersikap agresif tiba-tiba mengeluarkan sebilah golok pada pinggangnya dan terus menetak kepala mangsa sebanyak dua kali," katanya.
Susulan kejadian mengejutkan itu, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kuala Kuala Krai bagi menerima rawatan lanjut.
Ujar Saiful Bahri, suspek yang tinggal di Rancangan Pembangunan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini juga berjaya ditahan.
"Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan pernah mempunyai rekod lampau dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
"Dia ditahan reman selama tiga hari bermula semalam hingga 8 Ogos ini," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0807&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz39f8tCQqc 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment