Search This Blog

Friday, August 15, 2014

Suspek bunuh mahu peguam AS


Peguam Haposan Sihombing berkata, setakat ini suspek, Heather Mack, 19, enggan memberi sebarang kenyataan atau maklumat.
“Heather asyik meminta supaya dia diwakili peguam dari AS,” katanya.
Haposan adalah peguam yang dilantik polis Indonesia bagi mewakilinya.
Semalam media melaporkan polis menemui mayat wanita dari Chicago, Sheila von Wiese-Mack, 62, dalam beg pakaian ditinggalkan dalam but teksi di depan hotel lima bintang.
Sheila dipercayai maut selepas dipukul dengan objek tumpul sebelum mayatnya disumbat dalam beg berkenaan.
Siasatan polis kemudian membawa kepada penangkapan Heather dan teman lelakinya, Tommy Schaefer, 21.
Heather dan Schaefer belum didakwa di mahkamah setakat ini.

Sementara itu Jabatan Negara AS berkata, mereka sedia maklum kematian Sheila serta penangkapan dua suspek terbabit.
Namun, jurucakapnya, Marie Harf enggan memberi sebarang butiran.
Foto
HEATHER mengelak daripada memberikan sebarang kenyataan.

“Kami sedang memantau keadaan dan akan menyediakan bantuan sewajarnya,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan pakar forensik tempatan, Ida Bagus Putu Alit berkata, sasaran pukulan pembunuh Sheila adalah muka dan kepala mangsa.

“Wanita itu dipercayai cuba melawan dan beberapa jarinya patah,”katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

No comments:

Post a Comment