Search This Blog

Friday, August 22, 2014

Suami isteri ditahan menyamar anggota Rela


JOHOR BAHARU 21 Ogos - Sepasang suami isteri ditahan di bandar raya ini kerana menyamar sebagai anggota Rela untuk menyamun warga asing, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan.
Beliau berkata mereka yang berumur 22 dan 17 tahun ditahan ketika menaiki kereta pukul 12.45 tengah malam pada 10 Ogos lepas.
Polis turut merampas pistol mainan, baju seragam Rela, gari, pisau, peralatan pecah rumah, komputer riba, pelbagai kad pengenalan serta kad mesin pengeluaran automatik (ATM) milik orang lain daripada mereka.
Mereka didapati mempunyai empat rekod jenayah termasuk berhubung kes pecah rumah. Mereka turut positif methamphetamine.
Sementara itu polis berjaya menyelesaikan empat kes samun, tiga kes curi kenderaan dan dua kes pecah rumah selepas menahan dua lelaki di Taman Setia Indah di sini pada 8 Ogos lepas.
Hasnan berkata polis turut merampas kereta, parang, besi tajam, telefon bimbit serta wang tunai RM2,140. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140821/je_10/Suami-isteri-ditahan-menyamar-anggota-Rela#ixzz3B4RWuWR1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment