Search This Blog

Friday, August 15, 2014

Sindiket curi data kad bank



AZIZAN (tengah) bersama pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang menunjukkan alat pengimbas dan CCTV yang dipasang oleh satu sindiket di empat buah mesin ATM di Genting Highlands pada sidang akhbar di Kuantan, Pahang semalam.


KUANTAN - Polis mengesan empat mesin juruwang automatik (ATM) di Genting Highlands yang dipasang alat perakam khas bagi mencuri data kad bank pelanggan sejak Februari lepas hingga awal Ogos ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Azizan Md. Isa berkata, jenayah yang didalangi sindiket sama itu dikesan meletakkan alat perakam khas di dalam slot kad dan televisyen litar tertutup (CCTV) tanpa wayar yang dipasang di mesin ATM di bank tersebut.
Beliau berkata, kejadian terbaru dikesan kira-kira pukul 4 petang pada 7 Ogos lalu manakala tiga kes lagi dilaporkan pada bulan Februari, Mei dan Jun lepas.
"Siasatan awal mendapati sindiket ini menggunakan alat perakam khas yang dipasang di mesin-mesin ATM bertujuan menyalin data akaun mangsa manakala CCTV digunakan untuk merakam nombor pin.
"Selepas memperoleh maklumat tersebut sindiket itu akan membuat kad ATM palsu untuk mengeluarkan wang," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3APYIBr3d 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment