Search This Blog

Wednesday, August 27, 2014

Selatan Sudan: Helikopter misi PBB terhempas, tiga terkorban


JUBA 27 Ogos - Sebuah helikopter kargo milik misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhempas menyebabkan tiga terkorban di wilayah perang di Sudan Selatan, lapor misi pengaman sambil menyatakan kebimbangan mengenai nasib anak-anak kapal yang lain.
Misi pengaman PBB berkata, pihaknya menghantar pasukan mencari dan menyelamat ke kawasan kejadian, yang terletak berhampiran bandar Bentiu di utara negara itu.
Helikopter Mi-8 buatan Russia itu sedang dalam perjalanan dari Wau ke Bentiu, sebelum terhempas kira-kira 10 kilometer di selatan Bentiu. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140827/lu_01/Selatan-Sudan-Helikopter-misi-PBB-terhempas-tiga-terkorban#ixzz3BY2DPUaS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment