Search This Blog

Monday, August 11, 2014

Sawit tumbang ragut nyawa


Temerloh: Seorang lelaki warga emas yang sedang menunggang motosikal terbunuh apabila dihempap pokok sawit berhampiran kawasan Ladang Sawit Endersor, Lanchang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, mangsa, T Thopusy, 63, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan bahagian belakang badan.


Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Anuar Othman berkata, mangsa yang bekerja sebagai penjaga kebun dalam perjalanan dari rumahnya di Batu 7, Mentakab di sini, ke kebunnya untuk memulakan tugas.



“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pokok sawit tumbang mendadak lalu menghempap belakang mangsa menyebabkan mangsa tersepit bersama motosikal ditunggangnya.


“Pekerja ladang berada di lokasi kejadian cuba membantu, namun mangsa disahkan mati sejurus pegawai perubatan tiba di lokasi kejadian. Orang ramai terpaksa memotong batang pokok berkenaan untuk mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi semalam.


Berdasarkan siasatan, pokok sawit itu dipercayai sudah reput sebelum tumbang dan menghempap mangsa.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini, untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.


“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Mohd Anuar berkata, polis menasihati pemilik ladang supaya melakukan pemeriksaan kerap dan menebang pokok reput bagi mengelak kejadian berulang.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11

No comments:

Post a Comment