Search This Blog

Friday, August 15, 2014

Rogol: Anggota polis ditahan


BATU PAHAT 14 Ogos - Seorang anggota polis yang bertugas di sebuah balai di sini ditahan pada Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung kes rogol membabitkan seorang remaja bawah umur.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang pada Mei lalu di sebuah hotel di Parit Raja di sini dan mangsa yang berusia 16 tahun serta masih bersekolah berjumpa kali pertama dengan suspek pada hari kejadian.
"Mangsa pada mulanya diambil suspek di rumah kononnya ingin membincangkan satu perkara mustahak.
"Namun, suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah hotel dan memaksanya melakukan seks oral sebelum memperkosanya," katanya di sini hari ini.
Tambah sumber itu, siasatan mendapati mangsa mengenali suspek pada penghujung April lalu selepas suspek menghubunginya dan menyatakan hasrat untuk berkenalan.
"Pertemuan itu adalah yang pertama antara kedua-duanya selepas berkenalan sekitar April. Selain itu, mangsa turut menyatakan dia juga dirogol seorang lelaki lain yang dikenalinya di Benut, Pontian dua hari sebelum itu," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140815/je_09/Rogol-Anggota-polis-ditahan#ixzz3APUYLMre
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment