Search This Blog

Friday, August 15, 2014

Reman 3 suspek bunuh warga Britain dilanjut


2014/08/14 - 04:13:08 AM
Petra Jaya: Mahkamah Majistret Kuching semalam membenarkan lanjutan tahanan reman selama tujuh hari ke atas tiga daripada lima lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan dua pelajar perubatan warga Britain awal bulan ini.

Majistret Portia Tham Ong Leng membenarkan permohonan lanjutan reman bagi membantu siasatan polis.


Tiga suspek itu berusia 19 hingga 29 tahun dibawa ke mahkamah selepas tempoh tahanan berakhir semalam dengan diiringi lebih 10 anggota polis.

Permohonan lanjutan reman ke atas dua lagi suspek dijangka dilakukan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada 6 Ogos lalu, Neil Gareth Dalton, 23, dan Aidan Brungar, 22, mati diserang sekumpulan empat lelaki di Jalan Abell, dalam kejadian jam 4.15 pagi.

Kejadian itu dikatakan bermula selepas mangsa bertengkar dengan seorang daripada suspek sebelum mereka diserang dengan senjata tajam.

No comments:

Post a Comment