Search This Blog

Friday, August 15, 2014

Remaja lemas ketika mandi bersama rakan


15/08/2014 9:25pm

KOTA BHARU - Seorang remaja lelaki ditemui lemas ketika mandi bersama-sama lima rakannya di sebuah tasik berdekatan Pantai Senok, Bachok hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, mangsa Mohd. Farhan Hakim Ramadhan, 14, yang berasal dari Kampung Kubu Maraj, Bachok tiba-tiba hilang ketika sedang mandi-manda di tasik berkenaan.
Ketua Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Bachok, Ab. Razak Ab. Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 4.11 petang.
"Lima anggota bomba dari Bachok bersama Pasukan Penyelamat Dalam Air Kota Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian untuk gerakan mencari mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini.
Tambahnya, mayat mangsa ditemui pada pukul 5.43 petang iaitu kira-kira 10 meter dari tempat kejadian.
Mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk bedah siasat. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_36.htm#ixzz3AT5kKv00 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment