Search This Blog

Wednesday, August 27, 2014

Rayuan Hospital, doktor didakwa cuai didengar 4 September


KUALA LUMPUR 27 Ogos - Pengarah Hospital Gua Musang, Hospital Raja Perempuan Zainab II dan 20 orang doktor yang didapati oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu melakukan kecuaian sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun meninggal dunia akibat HIV selepas menjalani proses pemindahan darah sebanyak tujuh kali telah mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut.
Peguam Azwan Abdul Wahab yang mewakili Abdullah Mamat, 52, memberitahu, rayuan itu akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 4 September ini.
Mereka memfailkan rayuan pada 28 Januari lalu terhadap keseluruhan keputusan Hakim Datuk Azman Abdullah padada 31 Disember 2013 yang memutuskan liabiliti terhadap mereka. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140827/ma_07/Rayuan-Hospital-doktor-didakwa-cuai-didengar-4-September#ixzz3BaDE304I
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment