Search This Blog

Friday, August 22, 2014

Ratusan ribu pengguna terjejas



PETUGAS Loji Pembersihan Air Bernam River Headwork menunjukkan air Sungai Bernam yang dicemari minyak diesel di loji itu di Jalan Sungai Besar dekat Sabak Bernam semalam.


SABAK BERNAM - Operasi di Loji Pembersihan Air Bernam River Headwork di sini terpaksa dihentikan sementara berikutan pencemaran minyak diesel di Sungai Bernam bermula pukul 10.40 pagi kelmarin.
Berikutan kejadian itu, sebanyak 154,155 pengguna melibatkan sebahagian kawasan di Hulu Selangor dan Sabak Bernam terputus bekalan air dan menghadapi bekalan tekanan air rendah.
Loji yang mampu menyalurkan 65 juta liter air sehari itu menggunakan air Sungai Bernam sebagai sumber air mentah.
Tinjauan Kosmo! di loji tersebut di Jalan Sungai Besar dekat sini semalam mendapati, operasi di loji yang diuruskan oleh Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) itu masih lagi dihentikan.
Sumber memberitahu, penutupan operasi itu bagi memastikan kesan tompokan minyak diesel yang terdapat pada permukaan air sungai benar-benar hilang.
"Pada pagi kejadian, kita berjaya menghalang air yang bercampur dengan minyak diesel daripada memasuki loji.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3B4WEeiFz 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment