Search This Blog

Friday, August 22, 2014

Rasuah: Hukuman ke atas bekas Ketua Pendakwa Syarie kekal


IPOH 21 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM55,000 terhadap bekas Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Shahrunnazri Abdul Samad yang didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah, tujuh tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Shahrunnazri yang tidak berpuas hati dengan hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 13 Februari, dua tahun lalu.
Noorin dalam keputusannya berkata, mahkamah amat berpuas hati dengan keseluruhan alasan penghakiman yang telah dibuat Hakim Tan Hooi Leng ketika memutuskan kes itu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140821/ma_09/Rasuah-Hukuman-ke-atas-bekas-Ketua-Pendakwa-Syarie-kekal#ixzz3B4QfofHe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment