Search This Blog

Wednesday, August 27, 2014

Puluhan mayat terapung di tasik


Bujumbura (Burundi): Sekumpulan nelayan menemui beberapa mayat yang tangan dan kakinya diikat, malah ada yang disumbat dalam guni terapung di sebuah tasik yang bersempadan dengan Rwanda.

Menurut presiden kesatuan nelayan Sadiki Nyandwyi, kira-kira 40 mayat ditemui di tasik itu sejak Julai lalu oleh nelayan di bandar Giteranyi, Burundi.
Menteri Dalam Negeri Edouard Nduwimana berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan jumlah sebenar mayat ditemui.

“Banyak mayat ditemui di tasik Rweru, namun mungkin tidak sebanyak yang didakwa nelayan terbabit.


“Memang benar sejumlah mayat ditemui terapung di tasik itu,” katanya.


Menurut pegawai kerajaan tempatan, lima ditemui dalam tempoh seminggu lalu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/27

No comments:

Post a Comment