Search This Blog

Wednesday, August 27, 2014

Polis Vietnam tahan penunjuk perasaan






HANOI 27 Ogos - Polis Vietnam menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan di luar mahkmah wilayah Dong Thap di sini semalam, apabila tiga aktivitis hak asasi manusia dijatuhi hukuman penjara kerana tuduhan gangguan awam.

Tiga aktivis berkenaan, Bui Thi Minh Hang, 50, dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun manakala dua lagi rakan aktivis, Nguyen Thi Thuy Quynh, 28, dan Nguyen Van Minh, 34, masing-masing dijatuhi hukuman penjara selama dua dan dua setengah tahun.

"Kira-kira 30 orang telah ditangkap dan ada yang ditahan di bandar Ho Chi Minh dan juga di hotel-hotel," kata seorang penunjuk perasaan, Le Hoang. - DPA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140827/lu_02/Polis-Vietnam-tahan-penunjuk-perasaan#ixzz3BY26dl3m
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment