Search This Blog

Tuesday, August 5, 2014

Polis tumpaskan sindiket samun


IPOH 4 Ogos - Polis menafikan satu kumpulan penjenayah yang ditumpaskan baru-baru ini terlibat dalam kes culik kanak-kanak untuk penjualan organ, sebaliknya merupakan kumpulan samun yang aktif melakukan jenayah berkenaan di negeri ini dan Pulau Pinang.
Kejayaan itu bermula ekoran penahanan seorang suspek yang diberkas orang ramai ketika cuba menyelinap masuk melalui pintu belakang kereta Honda Accord milik seorang lelaki yang ditinggalkan dalam keadaan enjin tidak dimatikan, untuk menyamun pada 27 Julai lalu.
Pemilik kereta tersebut dikatakan keluar daripada kenderaan itu dan meninggalkan seorang anaknya berusia tiga tahun yang sedang tidur untuk bertemu dengan rakannya di Taman Loke Yew, Tanjung Malim, kira-kira pukul 11 malam.
Bagaimanapun kejadian itu disedari lelaki berkenaan lalu menjerit seterusnya suspek berjaya diberkas dengan bantuan orang ramai, namun dua lagi rakan penjenayah tersebut yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza, dapat melarikan diri.
Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, hasil bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, pihaknya mendapati suspek berkenaan cuba mencuri barangan di tempat duduk belakang kenderaan tersebut.
Katanya, susulan itu, polis menahan empat lagi rakan suspek di Perak dan Pulau Pinang.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140805/je_03/Polis-tumpaskan-sindiket-samun#ixzz39SoZMXpA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment