Search This Blog

Tuesday, August 5, 2014

Polis siasat dakwaan sabotaj enam pam di Selangor


SHAH ALAM 4 Ogos - Polis Selangor menubuhkan pasukan petugas bagi menjalankan siasatan dakwaan kes sabotaj enam pam air yang dikatakan berlaku di Kolam Hang Tuah di Bestari Jaya, dekat sini pada Jumaat lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata pihaknya menerima dua laporan berhubung insiden itu.
"Setakat ini masih di peringkat siasatan...jika ada mana-mana pihak pernah melihat kejadian ini, diminta salurkan maklumat kepada polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Polis Selangor juga menyiasat sama ada dakwaan sabotaj itu dilakukan individu atau secara berkumpulan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140804/je_12/Polis-siasat-dakwaan-sabotaj-enam-pam-di-Selangor#ixzz39SoDe1ZP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment