Search This Blog

Tuesday, August 5, 2014

Polis Selangor tumpas kumpulan samun bersenjata


SHAH ALAM 4 Ogos - Polis Selangor percaya dapat menumpaskan satu kumpulan samun bersenjata di sekitar Lembah Klang apabila seorang lelaki ditahan manakala seorang rakannya ditembak mati dalam satu kejadian awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, susulan laporan kes samun sebuah kereta jenis Toyota Alphard di hadapan sebuah sekolah di Bandar Wawasan Puchong, dekat sini pada Jumaat lepas, polis membuat serbuan di sebuah rumah berhampiran pada kira-kira pukul 3 pagi tadi.
"Dalam serbuan itu polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dengan kes samun berkenaan dan polis merampas kad-kad kredit pelbagai bank serta beberapa dokumen bukan milik suspek," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata dalam masa sama juga polis menerima satu maklumat mengenai dua lelaki yang menaiki sebuah Toyota Alphard dalam keadaan meragukan di Jalan PJS1/27 di sekitar Taman Medan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140804/je_13/Polis-Selangor-tumpas-kumpulan-samun-bersenjata#ixzz39SomK6hp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment