Search This Blog

Friday, August 15, 2014

Polis buru sindiket curi data ATM


KUANTAN 14 Ogos - Polis mengesan taktik mencuri data kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menerusi alat perakam data dan kamera yang dipasang di kiosk ATM di pusat peranginan Genting Highlands dekat sini baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Azizan Md. Isa berkata, taktik licik tersebut dipercayai digunakan sindiket terlibat untuk menghasilkan kad ATM klon sebelum mengeluarkan duit mangsa.
Sehingga kini, katanya, sebanyak empat kes berlaku di Genting Highlands membabitkan dua bank yang terdapat di pusat peranginan itu.
"Penjenayah menggunakan alat pengimbas untuk merekodkan maklumat pada kad ATM dan kamera untuk mengenal pasti nombor pin pengguna, kami percaya kegiatan ini dilakukan oleh orang yang sama dan menyasarkan pengunjung dari luar negara.
"Sebabnya alat perakam yang digunakan hanya berkesan untuk merekodkan data kad ATM yang menggunakan 'strip' magnetik hitam pada bahagian belakang kad dan tidak pada kad ATM yang menggunakan cip seperti diguna pakai di sini," katanya dalam sidang akhbar diadakan di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140815/je_05/Polis-buru-sindiket-curi-data-ATM#ixzz3APUIyF4T
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment