Search This Blog

Wednesday, August 27, 2014

Pipi berbekas ditampar guru


Georgetown: Seorang bapa kesal dengan tindakan guru yang didakwa menampar anak lelakinya hingga meninggalkan bekas di pipi kanan di sebuah sekolah di Tanjong Tokong, di sini, semalam.
Bapa mangsa, Jahurin Abdul Karim, 31, berkata, kejadian itu disedari isterinya ketika mengambil mangsa pulang dari sekolah dengan keadaan pipi yang berbekas disyaki akibat dikasari. 
Katanya, selepas beberapa kali disoal, anaknya memberitahu bahawa dia ditampar guru kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. 

Berikutan kejadian, Jahurin berkata, isterinya telah membuat laporan polis.
Foto
JAUHARI menunjukkan gambar anak lelakinya. FOTO Anis Nabilla Md Wazilah

Berikutan laporan itu, Jahurin telah mengadakan pertemuan dengan guru wanita yang mengajar Bahasa Inggeris di sekolah anaknya itu di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Timur Laut, pagi tadi.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/27

No comments:

Post a Comment