Search This Blog

Monday, August 18, 2014

Perintah berkurung di bandar AS



SEORANG penunjuk perasaan membaling balik bom asap semasa perintah berkurung dilaksanakan di bandar Ferguson, Missouri semalam.


FERGUSON, Missouri - Kumpulan yang membantah kematian seorang remaja kulit hitam yang ditembak mati oleh polis terus mengadakan tunjuk perasaan di jalanan ketika pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung di bandar ini awal pagi semalam.
Gabenor Missouri, Jay Nixon telah mengisytiharkan undang-undang darurat selepas hampir seminggu tunjuk perasaan berlangsung ekoran kejadian penduduk kulit hitam tersebut, Michael Brown, 18, yang mati ditembak di kawasan kejiranan St. Louis pada 9 Ogos lalu.
Perintah berkurung itu berkuat kuasa pada tengah malam sehingga pukul 5 pagi waktu tempatan, kata pegawai-pegawai semalam.
Kumpulan penunjuk perasaan yang berhimpun di jalanan walaupun hujan itu turut membawa sepanduk bertulis : 'Tiada keadilan, tiada perintah berkurung, tiada keamanan."
Polis menganggarkan bilangan penunjuk perasaan yang berada di jalanan sekitar 150 orang.
"Perintah berkurung yang dilaksanakan memburukkan keadaan," kata seorang penunjuk perasaan, Phonso Scott, 24.
"Saya berasa polis akan bertindak lebih ganas malam ini. Namun, anggota-anggota polis sama sekali tidak boleh menyekat kami," katanya.
Tunjuk perasaan itu berlaku apabila seorang anggota polis, Darren Wilson, 28, menembak mati Brown semasa dia dan rakannya berjalan menuju ke bangunan apartmen yang menjadi lokasi neneknya menginap. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3Ah7IPPHo 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment