Search This Blog

Friday, August 1, 2014

Peras ugut, Jeneral Thailand ditahan


BANGKOK 31 Julai - Seorang Jeneral tentera Thailand ditahan selepas disyaki memeras ugut pemilik-pemilik kedai jalanan di sebuah kawasan pelacuran terkenal di sini, menurut satu kenyataan berhubung kes yang jarang berlaku dalam sistem pemerintahan tentera negara ini.
Major Jeneral Jenronnarong Detwan, 56, ditahan semalam di sebuah hotel berhampiran Patpong selepas didakwa memeras ugut wang daripada pengusaha kedai di kawasan tersebut, menurut Kementerian Pertahanan Thailand.
Leftenan Kolonel Burin Tongprapai yang mengetuai penahanan itu berkata, Jenronnarong merupakan pegawai tertinggi dalam tentera.
Tentera mula menjalankan siasatan ke atas Jenronnarong selepas pemilik kedai membuat aduan tentang perbuatannya yang mengambil duit penjual barangan palsu serta DVD. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140801/lu_04/Peras-ugut-Jeneral-Thailand-ditahan#ixzz395Q3SE91
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment