Search This Blog

Tuesday, August 5, 2014

Penyamun maut ditembak


Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, suspek ditembak selepas cuba menyerang anggota polis menggunakan parang manakala seorang lagi rakannya berjaya melarikan diri. 
Difahamkan, sebelum kejadian suspek cuba menyamun seorang lelaki di PJS 1/27, namun tidak berjaya apabila jeritan mangsa disedari orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, selepas mendapat maklumat mengenai kes cubaan samun berkenaan, sepasukan polis membuat rondaan di kawasan berhampiran dan terserempak dengan kenderaan pelbagai guna MPV Toyota Alphard dalam keadaan mencurigakan di belakang sebuah restoran di PJS 3/26.
Foto
ANGGOTA forensik memeriksa kenderaan yang dinaiki suspek.

“Menyedari kehadiran anggota polis, suspek terus memecut laju sebelum berjaya dipintas dan dikepung anggota polis di tempat kejadian sebelum seorang daripada suspek keluar bersama sebilah parang untuk menyerang.

“Melihat suspek meluru dan menyerang polis menggunakan parang, anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ka arah suspek bagi mempertahankan diri, manakala rakan suspek terus meninggalkan kenderaan yang dinaiki untuk melarikan diri,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam. 

Mohd Adnan berkata, hasil siasatan ke atas kenderaan MPV yang digunakan suspek mendapati, ia dilaporkan disamun di Taman Wawasan Puchong, 1 Ogos lalu dan polis turut ditemui sebilah parang dan pisau di dalam kenderaan berkenaan. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/05

No comments:

Post a Comment