Search This Blog

Friday, August 22, 2014

Penganggur didakwa tikam bapa


IHSHAM didakwa di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, Kelantan semalam atas tuduhan menikam bapanya di Kampung Seterpa Banggu, Kota Bharu pada Februari lalu.


KOTA BHARU - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menikam bapa kandungnya pada Februari lalu.
Tertuduh, Ihsham Ibrahim, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Baharuddin.
Mengikut kertas pertuduhan, pada 5 Februari 2014 kira-kira pukul 6.30 pagi di sebuah rumah di Kampung Seterpa Banggu di sini, lelaki itu didakwa cuba membunuh dengan menikam bapanya, Ibrahim Che Mood, 63.
Oleh demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3B4WNUja3 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment