Search This Blog

Thursday, August 7, 2014

Penduduk gempar temui ‘pocong’

Penduduk gempar temui  ‘pocong’
Ahmad Tohar menunjukkan ‘kubur’ di mana kain kafan
dijumpai oleh isterinya. - Foto Mohd Hanafis Abdul Haris 
Ipoh: Penduduk Kampung Manjoi di sini gempar susulan penemuan kain kafan menyerupai 'pocong' yang diselitkan bersama beberapa kelengkapan mayat dalam lubang menyerupai kubur di belakang sebuah rumah di Jalan Raja, di sini semalam.

Pemilik rumah berkenaan, Noriasha Ahmad, 56, berkata kain kafan dan kelengkapan mayat yang ditanam dalam lubang sedalam dua meter itu ditemui di belakang rumahnya kira-kira jam 8 pagi ketika dia memeriksa sekitar kawasan berkenaan.

“Semalam (kelmarin), suami saya, Ahmad Tohar Kulup, 56, memberitahu ternampak bonggolan tanah menyerupai kubur di belakang rumah, tapi menyangka mungkin ia kawasan baru ditanam dengan tanaman atau sampah yang baru ditimbus kerana ditutup dengan buluh dan daun kering.

“Esoknya, saya yang tak sedap hati meninjau kawasan itu dan terkejut mendapati ia sebenarnya 'kubur'. Malah sebungkus plastik hitam berisi kapas dan kapur barus juga ditemui di sebelahnya," katanya ketika ditemui, di sini semalam.


Tiada mayat ditemui

Noriasha berkata, walaupun tiada mayat ditemui selepas lubang itu dikorek, kejadian terbabit tetap membimbangkannya dan ahli keluarga.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, sepasukan anggota polis yang dihantar ke lokasi selepas menerima laporan kira-kira jam 9.15 pagi semalam, hanya menemui kelengkapan pengebumian di situ.

“Barangan ditemui termasuk kapas, kapur barus serta sehelai kemeja yang belum dikenal pasti pemiliknya, tetapi sebabnya tidak dapat diperjelaskan,” katanya.

Mengulas kejadian terbabit, pendakwah terkenal, Mohammad Kazim Elias, berkata kubur bersama kelengkapan mayat itu mungkin antara kaedah untuk membuang saka dan amalan ilmu hitam.

Ketika dihubungi BH, Kazim berkata, lazimnya perkara khurafat sedemikian dilakukan oleh waris terdekat pemilik saka untuk membuang pendamping itu supaya tidak diganggu kemudian hari.

No comments:

Post a Comment