Search This Blog

Sunday, August 31, 2014

Pendatang pun guna ‘kabel’

Oleh Muhammad Apendy Issahak 
apendy@hmetro.com.my

Cameron Highlands: Kegiatan penerokaan haram di sekitar kawasan peranginan tanah tinggi di sini bukan saja membabitkan warga tempatan, tetapi juga warga asing, terutama warga Bangladesh termasuk yang tiada dokumen sah.
Masalah ini timbul apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyewa atau menjual tanah yang diberikan kelulusan untuk membuat perumahan pada harga tinggi kepada orang lain, termasuk warga asing untuk kegiatan pertanian.
Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH), R Ramakrishnan berkata, kegiatan penerokaan haram di kawasan cerun, hutan atau tanah rizab sungai adalah perkara yang sudah lama pihaknya perjuangkan, namun kegiatan haram itu dilihat semakin rancak.
“Keadaan semakin serius apabila pendatang menceroboh tanah untuk pertanian dan kegiatan ini didalangi orang tengah membabitkan warga tempatan yang mempunyai ‘kabel’ dengan pihak tertentu.
“Ada juga pendatang asing mengusahakan pertanian haram secara sendirian kerana memperoleh ‘kabel’ mereka sendiri,” katanya selepas membawa wartawan meninjau kawasan pertanian haram sekitar Tanah Rata, Kuala Terla, Brinchang dan Kampung Raja.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 5:17 AM


PENGGUNAAN bumbung plastik dan saluran air terus ke sungai dipercayai menyebabkan isipadu air di Sungai Bertam meningkat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7941#sthash.2jBQ7kAF.dpuf

No comments:

Post a Comment