Search This Blog

Sunday, August 31, 2014

Pemilik feri Sewol dikebumi


Yoo Byung-Eun, 73, memiliki feri Sewol yang tenggelam pada 16 April itu meragut sekurang-kurang 300 nyawa kebanyakannya pelajar sekolah. 
Mayat Yoo yang reput teruk ditemui pada Jun lalu tetapi pihak berkuasa tidak dapat mengenal pasti identiti mayat hingga enam minggu kemudian. Malah polis turut meneruskan pencarian bilionair itu di seluruh negara. 

Menurut laporan, forensik tidak dapat mengenal pasti punca kematian Yoo.

Mayat Yoo diawasi dengan ketat 24 jam dan akan dikebumi hari ini di pekarangan pseudo-Kristian, kumpulan agama yang diketuainya di Anseong, 80 kilometer ke selatan Seol.

Rakaman televisyen menunjukkan pengawal keselamatan berpakaian seragam memeriksa identiti orang yang menghadiri pengebumian sebelum membenarkan mereka masuk ke dalam gereja. 

Tiada sebarang petugas media dibenarkan memasuki gereja malah jurucakap memberi amaran undang-undang jika gambar pengebumian disiarkan. 

Pengebumian itu menarik sekurang-kurang 10,000 yang hadir lapor media. 

Empat anggota keluarga, isteri Yoo, abang, anak sulung dan abang ipar yang menjalani hukuman penjara dibebaskan selama 52 jam Jumaat lalu bagi memperingati dan menghadiri pengebumian. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/31

No comments:

Post a Comment